Kesan sos cili yang kering di lantai dilap kasar oleh Ani. Kain buruk itu direndam sekali
lagi ke dalam besen berisi cecair Klorox.
“Cepat sikit! Lembap, tak tau buat keje ke apa?!Hey kau pergi balik Indon lagi baguslah.”
Suara garau Non Susan benar benar mengusutkanseluruh jiwa raga Ani.
Fikirannya menerawang ke kampungnya, Sumatera di mana suasana sungguh aman
bersama anak anaknya, Zaidah dan Antono.
Matanya melilau mencari kelibat majikannya. “Agaknya , Non keluar karena dia pingin
temuin Wak Hamidun. Ayuh aja, orang tua itu.”,kata wanita berusia 30 an
itu sambil menjuihkan bibirnya.
Punggungnya dihenyakkan ke atas kerusi bantut dan melepaskan keluhan besar.
“Jika gue kaya, gue enggak ingin menjadi budak wanita tua itu.
Gue merindukan anak anak gue.”, katanya dengan air mata yang berlinang.
Tiba tiba , seorang budak kecik datang memeluk tubuhnya dengan mulut comot
dengan aiskrim coklat.
” Bu, Mandikan saya dong.”, pinta Syafiq, cucu Non Susan kepada Ani.
Ani hanya tersenyum apabila Syafiq hadir mengisi kerinduan di hatinya.”Ah iya,marilah.”,
tangan kecil itu digenggam namun ditepis oleh Non Susan.
”Tak mau Piq, dia ni orang gaji je, tak layak mandikan Piq. Eh! Kau pergi basuh
jamban atas, Piq nak mandi.Jangan pegang dia lagi. Jijik.” Ucap wanita itu dengan
penuh hina. Syafiq hanya menuruti neneknya.
Ani kembali diam, sudah terbiasa dengan cacian majikannya.
Kepala Ani terasa sangat sakit bagai dicucuk cucuk oleh garfu.”Bunuh dia! Bunuh dia!”,
suara itu menerjah fikirannya lagi.
” Gue enggak mau dong! Emangnya gue bukan pembunuh! Gue sayang
ama Syafiq! Diam aja Lo!!” teriaknya dengan kuat sehingga Non Susan
terdengar. Daun pintu dihempas kuat oleh Non Susan. Riak mukanya daripada bengis
menjadi pucat.
” Kau kenapa memekak? Aku nak tidur ,bodoh. Woi kenapa kau pegang pisau tuh?”,
tanya wanita tua itu. Riak muka Ani cemas. Kemudian, dia ketawa terbahak bahak
melihat wajah pucat Non Susan.
Tangan kecil Syafiq ditoreh berulang ulang kali oleh Ani. Dia gembira melihat
percikan darah setiap kali kulit halus Syafiq ditoreh.
Seakan memberinya kepuasan.
“ Bagus Ani. Kemudian kau harus bunuh budak ini.” Suara itu menerjah kembali.
Ani memegang
kepalanya dengan kuat.
Kepalanya dihentak kuat menggunakan hujung pisau seperti mahu
kepalanya pecah.”Jangan Ani! Ingat
ama Zaidah dan Antono.
Mereka mau in kamu.” Satu suara halus menyampuk. Maka, berlakulah
peperangan suara di dalam
kotak minda perempuan itu.
“Saya suka tinggal sini. Aman. Di samping anak anak saya. Terima kasih Doktor.”.
Ujar Ani dengan senyuman paling ceria di bibirnya.
Dia berlari berkejar kejaran bersama jururawat yang menjaganya. Doktor Mir
hanya tersenyum kelat.
“ Begitulah dia sejak kematian cucu majikannya.Dia percaya anak anaknya masih ada,
padahal mereka sudah meninggal dunia kerana dibunuh oleh dia sendiri sejak tahu
suaminya bermain kasih dengan kawan baiknya sendiri. Dan saya diagnosiskan bahawa
dia menghidapi penyakit Psychosis Bipolar Disorder.” Jelas lelaki itu kepada Amira.
Amira ditugaskan untuk mencari cerita baru buat majalah syarikatnya.
Dan dia fikirkan Ani merupakan contoh yang sesuai untuk artikelnya.
“ Ouchh.” Amira terjerit sedikit apabila Ani terlanggar sikunya. Ani tersengih dan
memberinya satu helaian nota. Amira membuka helaian itu dan membacanya.
Riak mukanya berubah.
“PINTU KANTIN ROSAK.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan