Abdul Fattah menyapukan gel jernih itu di setiap dahi peserta. Program hari itu adalah penting
untuk Persatuan Murtad Bersatu Sedunia(PMBS). Perjuangan mereka hari itu akan berakhir
dengan tragedi jihad Abdul Fattah dan Abdul Haqim.Gel yang disapukan pada dahi ahli ahli
murtad ini adalah strategi Abdul Fattah untuk memudahkan kerja mereka berdua.
“Saya harap Tuan Sullivan gembira nanti. Jangan cuci gel ini ya.”, peringatan diberikan
kepada Mr Sullivan, Ketua PMBS.
Kini masanya telah tiba bagi Mr Sullivan memberikan ceramah tentang agenda
persatuan mereka. Acara dimulakan dengan bacaan Scientology yang sangat menyesatkan.
“Di dalam dunia ini, tiada tuhan yang boleh dipercayai, Semuanya hanyalah proses alam sekitar
yang perlu kita kaji, Dengan itu.....”, kata katanya terhenti apabila dewan bertukar menjadi
gelap. “Dengan itu, kau harus mati bagi menghentikan proses agenda kau. “, sambung
Abdul Haqim sambil mengacukan mulut pistol ke kepala Mr Sullivan.
Pang! Satu peluru perak melekat di dalam otak lelaki separuh abad itu.
Bagaikan kunang kunang berterbangan, begitu juga semua ahli persatuan berlari tidak tentu
arah dalam keadaan gelap. Mereka dapat dikenal pasti melalui cahaya hijau yang
dipantulkan gel di dahi mereka. Abdul Fattah dan Abdul Haqim semakin pantas menembak
satu persatu kepala yang diisytiharkan sebagai murtad.
Kecekapan mereka berjaya menghapus ke seluruh dewan dalam masa 6 minit. Tanpa banyak suara,
lampu dibuka dan mayat bergelimpangan membuktikan PMBS telah terhapus. Satu misi
mereka telah selesai. Abdul Haqim meletakkan sekeping kad berwarna perak di sebelah
mayat Mr Sullivan. “Bismillahirahmanirrahim,”.
“Itu bukan jihad! Awak bunuh beratus ratus orang yang masih berpeluang untuk kembali
ke jalan Allah dengan sengaja. Cukuplah Haqim. Saya tak mahu suami saya seorang
pembunuh. Sebab Islam tidak pernah mengajar kita menghukum seseorang tanpa
alasan yang kukuh. Itu semua kerja Allah. “ bentak Salina apabila mengetahui pekerjaan
sebenar Abdul Haqim. Abdul Haqim tidak mampu menjawab apa apa. Dia keliru dengan
pendiriannya.”Kenapa diam? Jawablah. Bukankah awak paling arif dalam bab bab agama
ni semua?”, jawab gadis bertudung lilit itu lagi dengan senyuman sinis. Fikiran lelaki itu
semakin kusut.
“ Aku nak tinggalkan dunia jihad ini. Aku sedar aku bukan Tuhan. Aku tiada hak. “ kata
Abdul Haqim. Riak muka Abdul Fattah terkejut kemudian bertukar keruh.
”Apa kau merepek ni?! “, bidas dia. Baginya, darah dan mayat adalah sebahagian daripada
hidup mereka. Dan abangnya tidak boleh meninggalkan dunia ini dengan sewenang wenangnya.
”Tapi, Dik, kau tengok. Kita bunuh orang demi Islam, tapi ,kita buat ke suruhan Allah?
Dah berapa tahun kita tidak solat? Mengaji Al Quran? Mesti Ibu sedih melihat kita macam
ni Dik. Aku tidak kira, Aku mahu bertaubat. Kalau kau tidak mahu ikut, takpa lah.”, suara
Abdul Haqim bertukar sayu. Dia teringatkan arwah ibunya yang tidak pernah mengajarnya
mengasari makhluk Allah yang lain. Abdul Fattah menghentak meja menandakan dia tidak
setuju dengan kata abangnya. Dia tetap mahu meneruskan pekerjaannya ini. Benar, hatinya
telah hitam dengan sifat keji syaitan.
PEMBUNUH BERSIRI YANG DIPERCAYAI DALANG DI SEBALIK SEMUA PEMBUNUHAN TELAH
BERJAYA DIBERKAS, ABDUL FATTAH. –Harian Metro, 12 oktober 2015-
Abdul
Haqim hanya melepaskan keluhan kasar. Dia tidak mampu menghalang adiknya
daripada
terlibat dalam permainan jihad yang diciptanya sendiri. Namun, dia masih
bersyukur
masih diberi nafas baru dalam kehidupannya. Meskipun, Abdul Fattah
ditangkap, dia tetap ada
Salina yang menyokongnya. Salina kini telah menjadi
isterinya yang sah dan bakal
melahirkan bayi kembar. Abdul Haqim juga telah
kembali ke jalan Allah S.W.T dan
menjadi pendakwah tetap di salah sebuah pusat
pemulihan akhlak di Bandar Kuantan.
Dan dia menyedari bahawa, dia bukan Tuhan yang
boleh menghukum orang sesuka hati.
Kerana semua orang berhak mendapat peluang
kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan