Dia menghentak kepalanya ke dinding setelah mengetahui tentang penyakit
Leukemia tahap ke 4 yang dia hadapi. Darah mengalir deras bercampur dengan
peluh kulitnya. “Kenapa aku yang terpilih?! Aku tak boleh hidup tanpa Damia!
Arghh!”, jeritan Zamri mampu didengari hingga ke rumah jirannya. Dalam
fikirannya hanya wajah Damia yang muncul. Apa reaksi Damia sekiranya tahu dia
didiagnosis leukemia? Tubuh Zamri terkulai layu di tepi almari yang dijadikan
tembok penghentak kepalanya.
“Damia mesti menjadi milikku,”.
Damia menyuap manja nasi goreng ke mulut Zamri. Rambutnya yang lurus licin disisirkan ke tepi membuatkan hati Zamri makin tertawan padanya. “Makanlah sayang, kenapa tengok je? Tak sedap eh? Penat I masak.” kata Damia dengan lagak merajuk. Pinggan berisi nasi goreng ditolak ke arah Zamri menandakan dia sudah kenyang.
“I tak lapar. I nak bawak U pergi satu tempat. Jom.,”. Pinggang Damia dirangkul erat oleh Zamri seakan tidak mahu melepaskannya lagi. Malam itu akan menjadi malam yang istimewa.
“U takkan nak bawak I sekali masuk kubur dengan U? U kalau nak mati, mati soranglah, I nak hidup !,”teriak Damia apabila Zamri menyatakan hasratnya untuk pergi meninggalkan dunia bersama dia. Katakanlah dia gila , sawan atau apa sahaja namun tiada siapa mengerti cinta yang mendalam dalam hatinya. “ Sampai hati U. U dah janji Kita akan hidup bersama. Tolong sayang , I ada 2 bulan sahaja untuk hidup. Semuanya untuk U.” Zamri merayu di kaki gadis itu. Damia menyepak tubuh teman lelakinya ke lantai tanpa belas kasihan. Hatinya puas mendengar Zamri akan mati juga. “ Tidak. U boleh pergi MATI!”, jerit Damia seraya mengambil tas tangan merah jambu di atas sofa.
Pang!! Pasu bercorak kulit harimau pecah di saat terhentak di kepala Damia. Gadis itu serta merta tumbang dan cecair pekat berwarna merah menyusur keluar dari liang liang rambutnya. Zamri mendukung tubuh Damia dan dibaringkan ke atas katil. “Told ya.. We will be together forever!”, senyuman ceria menghiasi wajah Zamri. Lelaki itu kemudian mengeluarkan pisau yang tersisip kemas di tali pinggangnya. “Mari sayang.”, ucapan terakhirnya sebelum membenamkan mata pisau ke dalam dadanya. Dia rebah di sebelah teman wanitanya sambil tersenyum.
Gaun hitam Damia lencun dibasahi darah Zamri dan darahnya. Damia meraba kepalanya yang masih sakit kerana hentakan kuat. “ Aouchh. Darah?! “,katanya tergagap gagap. Dia bingkas bangun dan mencapai Iphone 6 miliknya di atas meja hasil rekaan Zamri.
“Hello polis? Tolong saya, Ada orang bunuh diri dan saya tercedera. Alamatnya No 16, Apartmen Seri Kenanga, Taman Molek. Tolong saya!” , air matanya meluncur laju menghapuskan kesan darah kering di pipinya .
“Cik kenal orang itu? ,”.
“Tidak.”.
“Baiklah, tunggu kami.”. Telefon dilepaskan jatuh ke lantai. Zamri hanya terkaku pucat di atas katilnya. Tersengih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan