Isnin, 2 Januari 2017

Bedek



“Dik, kenapa tidur dekat sini? Tak balik ke? Dah malam ni,” tanya seorang jaga tua 
apabila terlihat Qamil tidur nyenyak di dalam keretanya.“Eh, pakcik,saya tertidur, 
mungkin penat sangat.Takpela, saya gerak dulu.”,Qamil memberikan alasan yang dia rasa 
bernas untuk menghalau jaga itu. “haa yelah, Nak, kamu ada nampak kucing belang 
hitam lalu sini tak?” tanya jaga tua itu. Qamil hanya menggelengkan kepala. Si jaga tua
 itu mengucapkan terima kasih dan menghilangkan diri. Rumah teres yang berwarna
 biru itu diperhatikan lama. “Nampaknya, orang tu dah keluar, time ni bolehlah 
aku masuk“ getus hati Qamil.Enjin kereta dimatikan.Misinya untuk mencerobohi 
rumah ini bakal bermula.
 
Televisyen Sony 46” diranapkan jatuh ke lantai dan pecah berderai. Kayu besbol
 dihayunkan kuat mengena pasu besar yang berukiran naga merah.Qamil berasa puas.
”Mesti bos bagi aku jawatan ketua gangster nanti. Haha bestnya.”,kata Qamil dengan
 tawa yang kuat. Semakin galak dia memukul harta benda dalam rumah itu. Klikk! 
Lampu ruang tamu terbuka terang.Qamil tersentak kaku dan tidak mampu bergerak.
Jeritan wanita mula memenuhi ruang tamu yang berselerak itu. “Siapa kau?!
 Sial, rumah aku!”,teriak Citra. Dia menghampiri Qamil dan menumbuk kuat
 muka lelaki itu. Qamil terdorong ke belakang. Citra melibaskan kakinya ke
 perut Qamil membuatkan Qamil terasa senak yang amat sangat. “Siapa kau ,
 bodoh? Cakap sebelum aku panggil polis.” Gertakan Citra benar benar 
mengecutkan isi perut lelaki itu. Qamil hanya diam membisu. Dia setia
 kepada tuannya walaupun dia tidak mampu untuk melawan wanita bertudung
 hijau ini. Punat telefon ditekan berkali kali. Habislah kau, Qamil.
 
“Inspektor, dia menceroboh rumah saya. Tengok ni. Tolong saya.” Pinta Citra
 kepada Inspektor Ahkir.
”Baiklah kami akan melakukan siasatan, dan minta Puan mengikut kami ke balai polis.“. 
“Boleh tak bagi saya masa untuk tukar baju? Sekejap ye. “ pinta nya sekali lagi.
 Inspektor Ahkir mengangguk. Dia menyuruh orang orangnya menggari Qamil yang
 terkulai layu di tengah ruang tamu. Setelah Citra tidak kelihatan, Ahkir membuka gari
 di tangan Qamil.” Woi, mangkuk, kerja macam ni pun kau tak boleh buat. Macam mana 
nak jadi ketua? Aduh.” Katanya sambil mengetuk kuat kepala Qamil.   “ Mana aku tahu , 
perempuan tu ganas. Senak gila perut aku dia sidekick.” Terketar ketar Qamil menjawab
 sambil memegang perutnya. Sekali lagi kepalanya diketuk.
 
Selimut nylon yang dipintal pintalnya dijatuhkan daripada tingkap biliknya.Citra kemudian
perlahan lahan merangkak keluar dari tingakap dan menuruni ‘tangga’ selimut itu. 
Setelah menjejaki rumput, dia menarik tali selimut dan menyoroknya di belakang pokok. 
Dia memandang sekilas ke arah ruang tamunya untuk melihat ‘drama’ konco konco
 suaminya.Dia tersenyum sinis.Langkahnya diteruskan sehingga ke kereta  Mitsubishi Triton. 
Kelihatan Afiz sedang ketawa terbahak bahak melihat rakaman CCTV yang dipasang 
di rumahnya.
 
“Hai,ketawa sendiri nampak? Kelakar sangat ke?”, sapa Citra sambil menarik Ipod
 suaminya.Afiz tersengih. 
“Pandainya sayang berlakon tadi. Haha, Karate Instuctor kan?” .
“Haha, kelakar diorang tu,kena bahan dengan Bos sendiri.Habis tu macam mana tu wak?” 
tanya Citra.
“Biarlah dorang tu, Taulah dia cari jalan keluar.” Afiz berlagak selamba. Memang dia
 hendak uji ketangkasan dan keberanian konco konconya. Baru ada style.
“Hmm Haha, tadi Abang cari kucing dah jumpa? “ .
“Belum, masih mencari lagi.”, jawab Afiz dengan tawa yang masih berbaki. Kereta 
diluncurkan ke  destinasi pilihan. Biarlah masa sejam dua  diisi dengan adegan cinta
 mereka berdua. Mangkuk mangkuk ayun di rumah mereka dibiarkan sehingga 
mereka sedar mereka telah ditipu oleh bos sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan