Khamis, 5 Januari 2017

Gamelan



Genderang besar dipukul sekuat hati oleh sang gendir. Alunan melodi lagu “Putri Jawo”
  kian membingitkan suasana pada malam itu. Upacara memanggil  jelmaan  Nyi Roro Kidul  
 bakal berlangsung. Penari penari wanita sudah bersiap sedia bersama kebaya panjang 
polos di tubuh mereka dan hiasan kondel keemasan di kepala mereka. Wak Pamir 
 membakar segenggam kemenyan lalu dibacakan mantera khayalannya. “Sang ratu
 bala yeksa Naga ngelak ngesoring bumi Jawo sangka subana dangkaning ...”. kepulan 
asap mula memenuhi ruang tarian. 
 
Palukan rebab dan gong semakin kuat dan menyesakkan. Penari wanita mula menyusun 
langkah. Tangan diayun lembut menepis asap kemenyan, kaki di dihentakkan kuat  ke
 lantai tari. Mata mereka yang disolek kuning kemerahan saga digalakkan ke laut. 
Semakin rancak lagu, semakin pantas lenggokan tubuh mereka. Sang gendir mencampakkan 
retakan kaca dan besi di tengah tengah ruang tari. Wak Pamir menghamburkan ayat 
mantera dengan lebih kuat bagai dirasuk . Penari wanita semakin ganas apabila 
menyuapkan retakan kaca ke dalam mulut mereka lalu dikunyah seperti keropok.
 Besi tajam dipijak pijak kuat namun tidak langsung melukakan kaki  para wanita itu 
walaupun segaris. Sandiwara bakal berakhir.
  
Aku saiki Nyi Roro Kidul , mungkasi penyeruanmu , nggawa nggawa keluwen ,
 nyedhiyani hardening , ora lali .”, satu suara lembut bak buluh perindu menyentuh
 gegendang telinga Wak Pamir. Bomoh itu kian tersenyum menampakkan giginya yang
  disaluti warna merah daun sirih. Tangan tangkas mengeluarkan kris berukiran kayu jati 
dan memotong sebiji limau. “Aku mung pengin golek pangapunten . Bumi kita 
punika garing online kanggo 5 minggu , harap putri bisa ngurangi lan hardening 
10 pitik plump lan sehat”, pinta Wak Pamir dalam keadaan bersujud. Penari penari 
semakin perlahan mengaturkan langkah, tiada lagi pukulan Gamelan dari puak Jawa ini. 
Suasana kembali diam. Cuma alunan lagu “Putri Jawo” kedengaran.  Lama keadaan ini berlangsung.
 
“Inggih bengi aku uga arep penguat,” ringkas suara merdu itu menjawab. Kemudian, Ia
 hilang ddari pandangan ghaib Wak Pamir. Bomoh itu bangun dari sujudnya dan 
mengarahkan semua  sang pemain dan penari meneruskan persembahan mereka. 
Katanya sebagai perarakan pemergian Nyi Roro Kidul. 
 
Melodi lagu bertukar sedih dan hiba. Pakulan Gamelan hanya sesekali terdengar. 
Tarian lembut mereka semakin perlahan dan tidak serancak tadi. Tiada lagi
 upacara memakan retakan kaca mahupun memijak besi. Ke semua warga 
penduduk mengalirkan air mata. Perasaan terharu dengan pertolongan
 Nyi Roro Kidul kini mengusai dewan tarian. Wak Pamir memerahkan limau
 yang dipotong nya ke dalam bekas kemenyan yang dibakarnya sekaligus
 memadamkan api kemenyan tersebut. Dia tersenyum sinis sambil melihat
 semak samun di belakang dewan tarian. Segumpal cahaya putih kebiru 
biruan mula berterbangan ke atas. Ia bersemadi bersama kepekatan langit malam itu.
 
Ia meninggalkan Kampung Ayer Sawon yang masih lagi mengamalkan 
kepercayaan karut mereka.
 Mudah dimanipulasikan kerana jahil. 
 
P/S: This is my first cultural research short stories. All the language and event is based on what 
I have got from my research from the internet. Im so sorry if my oneshot is not inaccurate and unfavorable. 
I will try my best next time.

Selasa, 3 Januari 2017

Siapa



Alahai, comelnya awak ni. Warna pink pula tu.” Kata Melur dengan senyuman pucat di 
 bibirnya. Anak patung beruang yang diberikan nama Star itu dicubit cubit dan dipeluk ketat.
Seseorang telah menghantar Star kepadanya di dalam bungkusan ringkas. 
Tanpa ragu ragu, staffnurse yang bertugas memberikan anak patung beruang itu kepada
Melur. Melur merupakan anak yatim piatu yang menghidapi Menkes Syndrome, sesuatu penyakit 
pelik disebabkan oleh kekurangan ion kuprum dalam badan. Doktor Jong In mengesahkan dia tidak 
mempunyai masa yang lama untuk bertahan. Gadis kecil itu melelapkan
 matanya dengan senyuman di bibir.
 
“Mana Star?”,tanya Melur kepada Aisha, staffnurse yang menjaganya. Aisha cuma 
menggelengkan kepalanya dan sambung melakukan tugasnya.”Makin kerap pula dia hilang.”
 Melur bermonolog sendiri.Kaki kecilnya mula menapak ke taman sambil anak matanya 
melilau mencari Star. “Tu pun awak, Penat saya cari awak..Jangan lari lagi.” Ucap Melur 
setelah menjumpai anak patung beruang kesayangannya. Dipeluknya Star seperti anaknya
 sendiri. Tanpa dia sedari, anak mata Star menjeling tajam kearah Melur  yang galak memeluknya.
 
Kuku panjangnya mengusap kulit mulus Melur perlahan lahan. Anak kecil itu tidur sambil 
memeluk Star. Tangan kecilnya dialihkan, memudahkan Star diambil. Matanya bertukar
 menjadi merah saga seperti menahan marah. Badan Star yang dibaluti bebulu halus
 berwarna merah jambu dicarik carik menggunakan gigi taringnya yang tajam bak singa. 
Kapas bertaburan memenuhi lantai  bersama kepingan darah kering yang jatuh dari mulutnya. 
Kepala Star tertanggal dengan sendirinya. Dia puas. Puas melihat hancurnya anak patung 
beruang itu. Anak patung itu itu pernah menjadi miliknya, suatu ketika dahulu. 
Dan Melur tidak patut mendapatnya.
 
Air mata Melur mengalir sederas yang mungkin. Tangisannya mula membingitkan seluruh 
wad sehinggakan Aisha hadir untuk menenangkannya.” Sudah, Riana, bersihkan ini semua. 
Nanti akak belikan yang baru ehh, dah jangan nangis. Nanti akak belikan yang lagi cantik. “,pujuk 
Aisha apabila Melur semakin kuat menangis. Kesemua kanak kanak di wad itu mengkerumuni
 Melur termasuk staffnurse yang lain.  Mereka agak terkejut dengan insiden di mana Star
 telah dikoyakkan dengan teruk dan ditinggalkan bersebelahan katil Melur. 
Masing masing menunjukkan riak keliru dan pelik. Di dalam ke’gawat’an 
mereka,ada yang memerhatikan di belakang tingkap. Mulutnya yang comot dengan
 bebulu halus berwarna merah jambu tersenyum nipis melihat deraian air mata Melur.
 
Nafas Melur sudah tidak lagi stabil, mulutnya tercungap cungap dahagakan oksigen. 
Suasana malam itu di Wad Amanah sungguh kelam kabut apabila Melur terjerit jerit bagai 
histeria. Mata Melur galak melihat ke atas seperti ada yang menakutkannya. Doktor JongIn 
bersungguh sungguh menekankan dada anak kecil itu untuk memberi laluan kepada rongga
pernafasannya. “Sabar Melur, akak tahu Melur kuat sayang.” teriak Aisha. Tubir matanya 
dipenuhi dengan air kesedihan. Plop!! Tubuh Melur terbujur kaku tanpa tindak balas. 
Doktor JongIn melepaskan perentak jantung dengan wajah sayu. “Melur sudah tiada.”,
ucapnya yang mampu membuatkan seluruh Wad Amanah menjadi  hiba.
 
Rambutnya yang berpintal pintal diusap lembut menggunakan kukunya yang berkarat. 
Di tangan ada anak patung berwarna merah jambu.”Nak bagi siapa lagi eh?”, suara 
gerigiknya terkeluar jua mengejutkan penghuni malam yang lain.

Isnin, 2 Januari 2017

Jihad



Abdul Fattah menyapukan gel jernih itu di setiap dahi peserta. Program hari itu adalah penting
 untuk Persatuan Murtad Bersatu Sedunia(PMBS). Perjuangan mereka hari itu akan berakhir
  dengan tragedi jihad Abdul Fattah dan Abdul Haqim.Gel yang disapukan pada dahi ahli ahli
 murtad ini adalah strategi Abdul Fattah untuk memudahkan kerja mereka berdua.
 “Saya harap Tuan Sullivan gembira nanti. Jangan cuci gel ini ya.”, peringatan diberikan
 kepada Mr Sullivan, Ketua PMBS. 
 
Kini masanya telah tiba bagi Mr Sullivan memberikan ceramah tentang agenda 
persatuan mereka. Acara dimulakan dengan bacaan Scientology yang sangat menyesatkan. 
“Di dalam dunia ini, tiada tuhan yang boleh dipercayai, Semuanya hanyalah proses alam sekitar
 yang perlu kita kaji, Dengan itu.....”, kata katanya terhenti apabila dewan bertukar menjadi
 gelap. “Dengan itu, kau harus mati bagi menghentikan proses agenda kau. “, sambung 
Abdul Haqim sambil mengacukan mulut pistol ke kepala Mr Sullivan.
 Pang! Satu peluru perak melekat di dalam otak  lelaki separuh abad itu.
 Bagaikan kunang kunang berterbangan, begitu juga semua ahli persatuan berlari tidak tentu
 arah dalam keadaan gelap. Mereka dapat dikenal pasti melalui cahaya hijau yang 
dipantulkan gel di dahi mereka. Abdul Fattah dan Abdul Haqim semakin pantas menembak
 satu persatu kepala yang diisytiharkan sebagai murtad. 
 
Kecekapan mereka berjaya menghapus ke seluruh dewan dalam masa 6 minit. Tanpa banyak suara,
 lampu dibuka dan mayat bergelimpangan membuktikan PMBS telah terhapus. Satu misi
 mereka telah selesai. Abdul Haqim meletakkan sekeping kad berwarna perak di sebelah 
mayat Mr Sullivan. “Bismillahirahmanirrahim,”.
 
“Itu bukan jihad! Awak bunuh beratus ratus orang yang masih berpeluang untuk kembali 
ke jalan Allah dengan sengaja. Cukuplah Haqim. Saya tak mahu suami saya seorang 
pembunuh. Sebab Islam tidak pernah mengajar kita menghukum seseorang tanpa 
 alasan yang kukuh. Itu semua kerja Allah. “ bentak Salina apabila mengetahui pekerjaan
 sebenar Abdul Haqim. Abdul Haqim tidak mampu menjawab apa apa. Dia keliru dengan 
pendiriannya.”Kenapa diam? Jawablah. Bukankah awak paling arif dalam bab bab agama
 ni semua?”, jawab gadis bertudung lilit itu lagi dengan senyuman sinis. Fikiran lelaki itu 
 semakin kusut. 
 
“ Aku nak tinggalkan dunia jihad ini. Aku sedar aku bukan Tuhan. Aku tiada hak. “ kata 
Abdul Haqim. Riak muka Abdul Fattah terkejut kemudian bertukar keruh.
”Apa kau merepek ni?! “, bidas dia. Baginya, darah dan mayat adalah sebahagian daripada
 hidup mereka. Dan abangnya tidak boleh meninggalkan dunia ini dengan sewenang wenangnya.
”Tapi, Dik, kau tengok. Kita bunuh orang demi Islam, tapi ,kita buat ke suruhan Allah? 
Dah berapa tahun kita tidak solat? Mengaji Al Quran? Mesti Ibu sedih melihat kita macam
 ni Dik. Aku tidak kira, Aku mahu bertaubat. Kalau kau tidak mahu ikut, takpa lah.”, suara 
Abdul Haqim bertukar sayu. Dia teringatkan arwah ibunya yang tidak pernah mengajarnya
 mengasari makhluk Allah yang lain. Abdul Fattah menghentak meja menandakan dia tidak 
setuju dengan kata abangnya. Dia tetap mahu meneruskan pekerjaannya ini. Benar, hatinya
 telah hitam dengan sifat keji  syaitan.
 
PEMBUNUH BERSIRI YANG DIPERCAYAI DALANG DI SEBALIK SEMUA PEMBUNUHAN TELAH 
BERJAYA DIBERKAS, ABDUL FATTAH. –Harian Metro, 12 oktober 2015-

Abdul Haqim hanya melepaskan keluhan kasar. Dia tidak mampu menghalang adiknya
 daripada terlibat dalam permainan jihad yang diciptanya sendiri. Namun, dia masih bersyukur
 masih diberi nafas baru dalam kehidupannya. Meskipun, Abdul Fattah ditangkap, dia tetap ada
 Salina yang menyokongnya. Salina kini telah menjadi isterinya yang sah dan bakal 
melahirkan bayi kembar. Abdul Haqim juga telah kembali ke jalan Allah S.W.T dan 
menjadi pendakwah tetap di salah sebuah pusat pemulihan akhlak di Bandar Kuantan. 
Dan dia menyedari bahawa, dia bukan Tuhan yang boleh menghukum orang sesuka hati. 
Kerana semua orang berhak mendapat peluang kedua.

Bedek



“Dik, kenapa tidur dekat sini? Tak balik ke? Dah malam ni,” tanya seorang jaga tua 
apabila terlihat Qamil tidur nyenyak di dalam keretanya.“Eh, pakcik,saya tertidur, 
mungkin penat sangat.Takpela, saya gerak dulu.”,Qamil memberikan alasan yang dia rasa 
bernas untuk menghalau jaga itu. “haa yelah, Nak, kamu ada nampak kucing belang 
hitam lalu sini tak?” tanya jaga tua itu. Qamil hanya menggelengkan kepala. Si jaga tua
 itu mengucapkan terima kasih dan menghilangkan diri. Rumah teres yang berwarna
 biru itu diperhatikan lama. “Nampaknya, orang tu dah keluar, time ni bolehlah 
aku masuk“ getus hati Qamil.Enjin kereta dimatikan.Misinya untuk mencerobohi 
rumah ini bakal bermula.
 
Televisyen Sony 46” diranapkan jatuh ke lantai dan pecah berderai. Kayu besbol
 dihayunkan kuat mengena pasu besar yang berukiran naga merah.Qamil berasa puas.
”Mesti bos bagi aku jawatan ketua gangster nanti. Haha bestnya.”,kata Qamil dengan
 tawa yang kuat. Semakin galak dia memukul harta benda dalam rumah itu. Klikk! 
Lampu ruang tamu terbuka terang.Qamil tersentak kaku dan tidak mampu bergerak.
Jeritan wanita mula memenuhi ruang tamu yang berselerak itu. “Siapa kau?!
 Sial, rumah aku!”,teriak Citra. Dia menghampiri Qamil dan menumbuk kuat
 muka lelaki itu. Qamil terdorong ke belakang. Citra melibaskan kakinya ke
 perut Qamil membuatkan Qamil terasa senak yang amat sangat. “Siapa kau ,
 bodoh? Cakap sebelum aku panggil polis.” Gertakan Citra benar benar 
mengecutkan isi perut lelaki itu. Qamil hanya diam membisu. Dia setia
 kepada tuannya walaupun dia tidak mampu untuk melawan wanita bertudung
 hijau ini. Punat telefon ditekan berkali kali. Habislah kau, Qamil.
 
“Inspektor, dia menceroboh rumah saya. Tengok ni. Tolong saya.” Pinta Citra
 kepada Inspektor Ahkir.
”Baiklah kami akan melakukan siasatan, dan minta Puan mengikut kami ke balai polis.“. 
“Boleh tak bagi saya masa untuk tukar baju? Sekejap ye. “ pinta nya sekali lagi.
 Inspektor Ahkir mengangguk. Dia menyuruh orang orangnya menggari Qamil yang
 terkulai layu di tengah ruang tamu. Setelah Citra tidak kelihatan, Ahkir membuka gari
 di tangan Qamil.” Woi, mangkuk, kerja macam ni pun kau tak boleh buat. Macam mana 
nak jadi ketua? Aduh.” Katanya sambil mengetuk kuat kepala Qamil.   “ Mana aku tahu , 
perempuan tu ganas. Senak gila perut aku dia sidekick.” Terketar ketar Qamil menjawab
 sambil memegang perutnya. Sekali lagi kepalanya diketuk.
 
Selimut nylon yang dipintal pintalnya dijatuhkan daripada tingkap biliknya.Citra kemudian
perlahan lahan merangkak keluar dari tingakap dan menuruni ‘tangga’ selimut itu. 
Setelah menjejaki rumput, dia menarik tali selimut dan menyoroknya di belakang pokok. 
Dia memandang sekilas ke arah ruang tamunya untuk melihat ‘drama’ konco konco
 suaminya.Dia tersenyum sinis.Langkahnya diteruskan sehingga ke kereta  Mitsubishi Triton. 
Kelihatan Afiz sedang ketawa terbahak bahak melihat rakaman CCTV yang dipasang 
di rumahnya.
 
“Hai,ketawa sendiri nampak? Kelakar sangat ke?”, sapa Citra sambil menarik Ipod
 suaminya.Afiz tersengih. 
“Pandainya sayang berlakon tadi. Haha, Karate Instuctor kan?” .
“Haha, kelakar diorang tu,kena bahan dengan Bos sendiri.Habis tu macam mana tu wak?” 
tanya Citra.
“Biarlah dorang tu, Taulah dia cari jalan keluar.” Afiz berlagak selamba. Memang dia
 hendak uji ketangkasan dan keberanian konco konconya. Baru ada style.
“Hmm Haha, tadi Abang cari kucing dah jumpa? “ .
“Belum, masih mencari lagi.”, jawab Afiz dengan tawa yang masih berbaki. Kereta 
diluncurkan ke  destinasi pilihan. Biarlah masa sejam dua  diisi dengan adegan cinta
 mereka berdua. Mangkuk mangkuk ayun di rumah mereka dibiarkan sehingga 
mereka sedar mereka telah ditipu oleh bos sendiri.